5 Waktu Berzakat
5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
- Waktu Wajib :
Bermula terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (1 Syawal).
- Waktu Paling Afdhal :
Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
- Waktu Sunat :
Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh :
Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
- Waktu Haram :
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu dan ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
.
Dalam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, lengkapkanlah juga puasa tersebut dengan menunaikan zakat fitrah. Ini kerana, zakat fitrah akan dapat menampung segala kelemahan dan kekurangan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: “Rasulullah ﷺ telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).
Di samping kita berpuasa Ramadhan, marilah kita sama-sama memperkuatkan mental, fizikal dan spiritual dengan penerapan iman agar madrasah Ramadhan dilalui dengan cemerlang, sehingga menatijahkan darjat ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
.
.
.
Panduan Pembayar
- Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
- Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri.
- Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
Niat Membayar & Menerima Zakat Fitrah
1. NIAT ZAKAT FITRAH DIRI SENDIRI
.
a) Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri
.
ATAU :~
.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :
.
“INI ZAKAT FITRAH SEBANYAK RM ………… YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :
.
“SAYA TERIMA ZAKAT SEBANYAK RM ………………… YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
.
2. NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA
.
b) Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Diri Sendiri Dan Keluarga
.
ATAU :~
.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat :
.
“INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG, SEBANYAK RM ……………….. YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :
.
“SAYA TERIMA ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG SEBANYAK RM ……………….. YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
.
3. NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL
.
c) Niat Mengeluarkan Zakat Fitrah Untuk Orang Lain
.
ATAU :~
.
Lafaz Ijab Bagi Pembayar Zakat/Wakil :
.
“INI ZAKAT FITRAH ………….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI ……………. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………… YANG BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Lafaz Qabul Bagi Penerima Zakat/Amil :
.
“SAYA TERIMA ZAKAT ….. (Sebut Nama Orang Yang Berwakil) DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM ………………………. YANG TELAH BERWAKIL KEPADA TUAN KERANA ALLAH TA’ALA.”
.
.
Ucapan Doa Ketika Menerima Zakat Fitrah
Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri di seluruh Malaysia telah sedia maklum di sini dan ramai juga yang ingin mengetahui bagaimanakah caranya pula Lafaz Ijab Dan Qabul Bayar Zakat Fitrah.
Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, kerana ia diwajibkan oleh Allah سبحانه وتعالىbagi setiap individu Muslim tanpa mengira sama ada kecil, dewasa, lelaki, wanita, merdeka ataupun hamba. Selagi mana mereka berkesempatan hidup di dua masa iaitu pada bulan Ramadhan dan Syawal walaupun sebentar, maka wajiblah zakat fitrah ke atas mereka.
.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, bahawa: “Rasulullah ﷺ memerintahkan untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada anak kecil, orang dewasa, orang merdeka dan hamba sahaya daripada orang-orang yang kamu sediakan makanan mereka (tanggunganmu).” (Riwayat Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)
Zakat & Cukai
Akta Cukai Pendapatan 6A(3) 1967 memperuntukkan bahawa setiap mereka yang telah membayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan.
Zakat Pertanian
Zakat pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan bagi negara Malaysia adalah zakat padi.
Dalil Wajib Zakat
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu….”
(Surah Al-Baqarah:267) |
Syarat Wajib Zakat Pertanian
- Islam
- Sempurna milik
- Merdeka
- Cukup Nisab – * cukup sukatan iaitu 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia)
- Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia
* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan
Kaedah Mengeluarkan Zakat Pertanian
Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilannya.
Secara ringkasnya, fatwa di negeri Selangor telah menetapkan jumlah zakat yang wajib dibayar untuk zakat pertanian adalah sebanyak 5% berbanding beberapa perbezaan yang perlu dibayar sebelum ini.Contohnya, zakat padi yang perlu dikeluarkan selepas musim menuai adalah sebanyak 5% bagi keseluruhan hasil tanaman.
Zakat Saham
Dalil Wajib Zakat Saham
Firman Allah s.w.t:
Dalil dan hujah mengeluarkan zakat saham adalah seperti berikut
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” Al-Baqarah (267)
|
Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.” Riwayat Abu Daud
|
Dalil Athar – Daripada Abi Amru Ibnu Hammas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “ Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.”
|
Syarat Wajib Zakat Saham
Syaratnya adalah seperti berikut:
Syaratnya adalah seperti berikut:
- Islam – diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
- Milik Sempurna – mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.
- Milik Pihak Tertentu – saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat.
- Cukup Nisab- Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
- Cukup Haul- Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
- Halal – Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.
Definisi Zakat Saham
Menurut Bahasa : Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.
Menurut Istilah : Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan.”
Menurut Kamus Ekonomi, saham bermaksud modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik.
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.
Menurut Istilah : Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan.”
Menurut Kamus Ekonomi, saham bermaksud modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik.
Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.
Pelaburan Pasaran Modal (Bursa Malaysia)
Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini segala jenis saham dan dana diurusniagakan.
Di antara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:
- Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
- Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
- Saham Amanah Hartanah (REITs)
- Dana Dagangan Bursa (ETFs)
- Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar Negara
Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk dipasaran modal iaitu iaitu:
- Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF dsbg)
- Bon & Debentur
- Derivatif (Option & Future)
- Produk Berstruktur
Kaedah Taksiran Zakat Saham
- Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
- Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.
= (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%
CARA PENGIRAAN / METHOD OF CALCULATION
Contoh Taksiran | |
Saham saham di Bursa Malaysia (Shares) | RM266,000 |
Untung yang ditunaikan daripada jual beli pelaburan (realised profit from investment) | RM80,000 |
Saham amanah (Unit Trusts) | RM50,000 |
Dana Dagangan Bursa (Exhange Traded Funds) | RM50,000 |
Pelaburan Amanah Hartanah (Real Estate Investment Trusts) | RM70,000 |
Lain-lain pelaburan di pasaran modal luar negara (other investment in foreign capital market) | RM30,000 |
Nota : Semua nilai saham & pelaburan di atas ialah nilai pasaran (market value) pada tarikh cukup haul. | |
TOLAK (LESS) | |
Kos Brokeraj (Brokerage cost) | (RM1,500) |
Dividen daripada pelaburan tidak patuh shariah (dividends from non-shariah compliant investments) | (RM30,000) |
Peningkatan modal pelaburan tidak patuh shariah (capital appreciation of non-shariah compliant investment) | (RM50,000) |
Jumlah ansuran yang dibayar dalam tahun taksiran untuk bayaran balik pinjaman pembelian saham –jika ada ( Sum of installment in assessment year for loan taken to buy investment – if any) | - |
Nilai Saham & Pelaburan Wajib Zakat (Value of shares & investments that subject to zakat ) | RM464,500 |
Zakat : RM456,000 x 2.5% = | RM11,610 |
ZAKAT SAHAM TIDAK TERSENARAI (UNLISTED) DALAM SYARIKAT PERSENDIRIAN, KOPERASI DLL
Bagi zakat saham yang dimiliki oleh pihak syarikat persendirian atau Koperasi, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:
Zakat saham adalah wajib dikeluarkan oleh pihak syarikat berdasarkan hukum khultoh (harta bercampur). Akan tetapi, jika pihak syarikat tidak membayar zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.
Senario 1: Syarikat Membayar Zakat
Seperti kaedah kiraan zakat perniagaan syarikat (persendirian dan awam) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).
Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-
- Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
- Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan
Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat
Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.
Contoh taksiran:
Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.
- Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
- Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
- Zakat saham En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500