Posted by : Yuon Neko August 06, 2014



Dalil Wajib Zakat Saham


Firman Allah s.w.t:
Dalil dan hujah mengeluarkan zakat saham adalah seperti berikut


“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” Al-Baqarah (267)

Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada barang- barang yang disediakan untuk jual beli.” Riwayat Abu Daud

Dalil Athar – Daripada Abi Amru Ibnu Hammas daripada bapanya, dia berkata: “Dia menjual kulit dan bekas panah daripada kulit. Kemudian Umar Ibn Khattab singgah padaku. Dia bertanya: “Adakah engkau keluarkan sadaqah (zakat) hartamu?” Aku menjawab: ‘Aku menjawab: Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya ia adalah kulit.” Umar berkata: “ Taksirlah kemudian keluarkan sadaqahnya.”

Syarat Wajib Zakat Saham
Syaratnya adalah seperti berikut:
  • Islam – diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.
  • Milik Sempurna – mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.
  • Milik Pihak Tertentu – saham atau pelaburan yang dimiliki masjid, surau, dan-dana untuk maslahah am dan seumpamanya, tidak wajib zakat.
  • Cukup Nisab- Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka ianya diwajibkan zakat.
  • Cukup Haul- Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh satu tahun pemilikan portfolio pelaburan.
  • Halal – Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.

Definisi Zakat Saham


Menurut Bahasa : Kalimah ‘saham’ berasal dari perkataan Arab yang bermaksud bahagian yang dimiliki.

Menurut Istilah : Saham menurut Kamus Dewan bermaksud “Bahagian dalam modal sesuatu perniagaan.”

Menurut Kamus Ekonomi, saham bermaksud modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik.

Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (Contoh Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.
Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti tersenanari di pasaran saham.

Pelaburan Pasaran Modal (Bursa Malaysia)


Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini segala jenis saham dan dana diurusniagakan.
Di antara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:

  • Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
  • Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
  • Saham Amanah Hartanah (REITs)
  • Dana Dagangan Bursa (ETFs)
  • Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar Negara



Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk dipasaran modal iaitu iaitu:

  • Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF dsbg)
  • Bon & Debentur
  • Derivatif (Option & Future)
  • Produk Berstruktur


Kaedah Taksiran Zakat Saham


  • Saham adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Ia adalah sebagai bukti pemilihan sesebuah perniagaan.
  • Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.
= (nilai pelaburan di hujung Haul + keuntungan ditunaikan) x 2.5%

CARA PENGIRAAN / METHOD OF CALCULATION
Contoh Taksiran
Saham saham di Bursa Malaysia (Shares)RM266,000
Untung yang ditunaikan daripada jual beli pelaburan (realised profit from investment)RM80,000
Saham amanah (Unit Trusts)RM50,000
Dana Dagangan Bursa  (Exhange Traded Funds)RM50,000
Pelaburan Amanah Hartanah  (Real Estate Investment Trusts)RM70,000
Lain-lain pelaburan di pasaran modal luar negara (other investment in foreign capital market)RM30,000
Nota : Semua nilai saham & pelaburan di atas ialah nilai pasaran (market value) pada tarikh cukup haul.
TOLAK (LESS)
Kos Brokeraj (Brokerage cost)(RM1,500)
Dividen daripada pelaburan tidak patuh shariah (dividends from non-shariah compliant investments)(RM30,000)
Peningkatan modal pelaburan tidak patuh shariah (capital appreciation of non-shariah compliant investment)(RM50,000)
Jumlah ansuran yang dibayar dalam tahun taksiran untuk  bayaran balik pinjaman pembelian saham –jika ada
( Sum of installment in assessment year for loan taken to buy investment – if any)
-
Nilai Saham & Pelaburan Wajib Zakat (Value of shares & investments that subject to zakat )RM464,500
Zakat : RM456,000 x 2.5% =RM11,610

ZAKAT SAHAM TIDAK TERSENARAI (UNLISTED) DALAM SYARIKAT PERSENDIRIAN, KOPERASI DLL

Bagi  zakat  saham  yang  dimiliki  oleh  pihak  syarikat  persendirian atau Koperasi,  Mesyuarat  Jawatankuasa  Fatwa  Negeri  Selangor  memutuskan bahawa hukum zakat ke atasnya adalah sebagaimana berikut:
Zakat  saham  adalah  wajib  dikeluarkan  oleh  pihak  syarikat  berdasarkan hukum khultoh (harta  bercampur).  Akan  tetapi,  jika  pihak  syarikat tidak membayar zakat, maka kewajipan zakat wajib ditunaikan oleh individu.

Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Seperti kaedah  kiraan  zakat  perniagaan syarikat (persendirian dan awam)  yang  telah  diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007).
Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-
  • Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
  • Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang –  Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan

Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat  dikenakan  ke  atas  individu  berdasarkan peratus nilai pegangan individu dalam syarikat tersebut.
Contoh taksiran:
Harta  syarikat/koperasi  yang  diwajibkan  zakat  di  hujung  haul  2012 ialah RM10 juta.
  • Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
  • Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
  • Zakat saham En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Yuon-Neko Blog - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan - Redesigned by Yuon-Neko -