Posted by : Yuon Neko August 06, 2014



Zakat pertanian ialah satu zakat yang dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri yang telah cukup nisab dan haulnya. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.Contohnya, bagi penduduk di Malaysia, makanan asasinya adalah nasi dan nasi dihasilkan daripada padi. Maka zakat pertanian yang sesuai dikeluarkan bagi negara Malaysia adalah zakat padi.

Dalil Wajib Zakat


Firman Allah s.w.t:

“Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu….”
(Surah Al-Baqarah:267)

Syarat Wajib Zakat Pertanian


  • Islam
  • Sempurna milik
  • Merdeka
  • Cukup Nisab – * cukup sukatan iaitu 5 Ausuk bersamaan 363 gantang Malaysia)
  • Biji-bijian dan buah-buahan hendaklah ditanam oleh manusia


* Hasil tanaman yang tidak asas seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain buah-buahan dikenakan zakat perniagaan jika diperniagakan

Kaedah Mengeluarkan Zakat Pertanian


Biji-bijian dan buah-buahan yang cukup nisabnya hendaklah dibayar zakatnya mengikut peratus penghasilan. Kadar peratus pembayarannya bergantung kepada cara-cara penghasilannya.
Secara ringkasnya, fatwa di negeri Selangor telah menetapkan jumlah zakat yang wajib dibayar untuk zakat pertanian adalah sebanyak 5% berbanding beberapa perbezaan yang perlu dibayar sebelum ini.Contohnya, zakat padi yang perlu dikeluarkan selepas musim menuai adalah sebanyak 5% bagi keseluruhan hasil tanaman.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Yuon-Neko Blog - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan - Redesigned by Yuon-Neko -