Posted by : Yuon Neko August 07, 2014




5 Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:
  1. Waktu Wajib :
Bermula terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya (1 Syawal).
  1. Waktu Paling Afdhal :
Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
  1. Waktu Sunat :
Sepanjang bulan Ramadhan
  1. Waktu Makruh :
Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  1. Waktu Haram :
Selepas terbenam matahari pada 1 Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu dan ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
.
Dalam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini, lengkapkanlah juga puasa tersebut dengan menunaikan zakat fitrah. Ini kerana, zakat fitrah akan dapat menampung segala kelemahan dan kekurangan dalam menjalani ibadah puasa Ramadhan.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan: “Rasulullah  telah mewajibkan zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada ucapan yang tidak ada manfaatnya dan kata-kata yang kotor, serta untuk memberikan makanan kepada orang-orang miskin.” (riwayat Abu Daud).
Di samping kita berpuasa Ramadhan, marilah kita sama-sama memperkuatkan mental, fizikal dan spiritual dengan penerapan iman agar madrasah Ramadhan dilalui dengan cemerlang, sehingga menatijahkan darjat ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
.
.

.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Yuon-Neko Blog - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan - Redesigned by Yuon-Neko -