- Back to Home »
- Zakat KWSP / LTAT
Posted by : Yuon Neko
August 06, 2014
Caruman wang simpanan pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau seumpamanya wajib dizakatkan apabila telah cukup syarat-syaratnya.
Zakat wajib dikeluarkan serta-merta apabila pencarum mengeluarkan wang tersebut (sama ada ketika bersara, membeli rumah dan sebagainya) dan jumlah pengeluaran tersebut mencapai atau melebihi nisab. Permulaan tarikh haul diambil kira apabila cukup nisab dari jumlah simpanan yang dicarum.
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan KWSP dan Seumpamanya
Zakat Wang Simpanan KWSP dan seumpamanya wajib dikeluarkan dengan kadar 2.5% apabila dikeluarkan melalui pelbagai skim pengeluaran yang disediakan atau mengeluarkan sebahagian daripada caruman tersebut dan jumlah pengeluaran itu sama atau melebihi nisab semasa. Antara skim pengeluaran yang disediakan oleh KWSP :
- Skim Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
- Skim Pengeluaran Mengurangkan / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Skim Pengeluaran Pendidikan
- Skim Pengeluaran Kesihatan
- Skim Pengeluaran Pekerjaan Berpencen (SPPB)
- Skim Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP)
- Skim Pengeluaran Mencapai Umur 50 tahun
- Skim Pengeluaran Mencapai Umur 55 tahun
- Skim Pengeluaran Hilang Upaya
- Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara
- Skim Pengeluaran Kematian
Cara Pengiraan :
Seseorang yang mengeluarkan sebahagian wang carumannya sebanyak RM 20,000.
Wang caruman : RM 20,000
Kadar zakat : 2.5%
Zakat yang dikenakan : RM 20,000 x 2.5% = RM 500
Wang caruman : RM 20,000
Kadar zakat : 2.5%
Zakat yang dikenakan : RM 20,000 x 2.5% = RM 500