Posted by : Yuon Neko August 06, 2014



ZAKAT DARI SEGI BAHASA 

Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih, suci, subur, berkat, dan berkembang. Pengertian "bersih" dan "suci" dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.



ZAKAT DARI SEGI SYARAK

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.



HIKMAH PENSYARIATAN ZAKAT

Tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah bertujuan untuk :


Mengagihkan sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Membersihkan diri pembayar zakat.

Menyuburkan dan memberkati harta pembayar zakat.

Mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba-NYA.

Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka.

Menyatukan umat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT

Melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram kepada pembayar zakat.


DALIL PENSYARIATAN ZAKAT

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan ( ingatlah ) ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(QS At-Taubah 09:103)



"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat." 

(QS An-Nur 24:56)



"Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian taat setia dengan Bani Israil (dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang miskin, dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya."

(QS Al Baqarah 02:83)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Yuon-Neko Blog - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan - Redesigned by Yuon-Neko -